Tuesday, June 26, 2012

Plan ATKINS DIET


Diet Atkin dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

1. Permulaan (Induction)
2. Penurunan Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime maintenance

Permulaan adalah peringkat terpenting dalam diet atkin. Permulaan biasanya mengambil masa dua minggu dan boleh mencecah hingga dua tahun. Selama tempoh permulaan:

  • Elak semua jenis karbohirat termasuk nasi, mi, mihun, spagetti, roti, segala jenis gula, buah-buahan, segala bentuk kacang, kentang. Pendek kata semua jenis karbohidrat.
  • Boleh makan: Makan ayam panggang, steam, sup, goreng kosong, ikan, daging, udang, sayur hijau, keju cheffar, mozarella, parmesan, air kosong, daging burger, makanan tambahan seperti vitamin, minyak zaitun, omega-3.
  • Sarapan, makan tengahari, makan malam sebelum pukul 9 malam. Had sehari 20g karbohidrat. Kebanyakan makanan mengandungi karbohidrat walaupun kandungan utamanya protein. Tahap permulaan diteruskan lebih daripada dua minggu jika penurunan berat badan sangat perlahan. Tahap Penurunan Berat Badan Berterusan diteruskan dengan penambahan sehingga 25g karbohidrat sehari. Tahap Pre-maintenance dan Lifetime maintenance diteruskan dengan cara yang sama, cuma mengubah toleransi karbohidrat dengan perbezaan 5g sehari seminggu.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!




*cuba diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.*


NEVER GIVE UP...YOU WILL NEVER WALK ALONE

No comments:

Post a Comment

A Better ME

LilySlim Diet days tickers