Thursday, November 14, 2013

Hubungan makan telur, sakit jantung


By Dr Norman Mohd Norawi :

"Saya selalu di tanya sama ada makan telur boleh menyebabkan kolesterol tinggi dalam sesi ceramah kesihatan di seluruh negara. Jawapan saya agak berlainan daripada saranan yang selalu diberitahu doktor lain.

Telur selalu mendapat reputasi buruk dan dikaitkan sebagai punca kepada masalah kolesterol tinggi. Kajian terbaru menunjukkan, telur bukanlah punca kepada masalah kolesterol yang tinggi dalam darah.


Telur sememangnya mempunyai kandungan kolesterol tinggi, tetapi ia tidak menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat dengan banyak. Terdapat banyak kajian merumuskan bahawa, makan telur baik untuk kesihatan kerana mengandungi pelbagai khasiat zat makanan yang tinggi.

Satu laporan diterbitkan dalam ‘British Journal of Medicine’ dalam Januari 2013, kajian sekumpulan saintis dari ‘Huazhong University of Science and Technology’ yang menganalisis semula 17 kajian berhubung kaitan di antara telur dan kolesterol.

Kesimpulan diberikan adalah makan telur setiap hari baik dan tidak berkaitan dengan peningkatan risiko sakit jantung atau strok kepada seseorang yang sihat. Kajian terbaru ini menunjukkan, saranan untuk mengurangkan pengambilan telur untuk menurunkan paras kolesterol sesuatu kurang tepat."



Berita lanjut :

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hubunganmakantelur_sakitjantung/Article/index_html
NEVER GIVE UP...YOU WILL NEVER WALK ALONE

No comments:

Post a Comment

A Better ME

LilySlim Diet days tickers